Apr 17, 2009

kemenangan





agak sedih tahun ni tak dapat market, dah la last year, gambaa kenangan takde langsung, agak terkilan sebenarnya ; ' )

tapi aku agak berpuas hati walaupun tiada gambar untuk di tayang, tapi cuma piala dan semangat kami. tahniah buat rumah jerai kerana berjaya mencapai kemenangan kali yang ke-5. tahnian juga buat rumah bintang yang julung kalinya setelah berusaha bersungguh-sungguh kini agak membuahkan hasil, iaitu di kedudukan nombor 2.

sekalung tahniah diucapkan kepada KADET REMAJA SEKOLAH kerana dapat merampas kembali takhta kemenangan dan kini bergelar JOHAN unit beruniform. bagi sesiapa yang tidak berpuas hati, mungkin cuba lagi tahun depan. jangan hanya cakap kosong bahawa anda semua tidak berpuas hati, walhal unit sendiri tidak dpt diperbetulkan. Im proud of you guys krs ! keep it up for the next year, aku dah nmpk disiplin korang tahap mana.

tahun ni panas semacam bahangnya sampai time tgh melanguk tunggu vip hbs speech telinga aku berdesing bunyi mcm flashbang, mata aku kabur, mcm nmpk cahaya putih je. akibat makan biskut sekeping dan dutch lady berperisa strawbery. Lepas acara lintas keluar je aku bergegas bertukar untuk acara 200m. Yang peliknya, aku tak makan apa-apa, tapi perut meragam. Lalu, tandas sekolah yang harum baunya aku pedulikan sahaja asalkan segala benda dpt dikosongkan untuk meringankan badan. En. Chandra Mogan panggil nama aku buat kali terakhir, aku dgr dari atas, time tu tgh kemas beg, berlari aku pergi tempat urusetia untuk melaporkan diri. alhamdulillah setelah cikgu sani melepaskan bunyii 'peeepppppppppppt' , aku dinobatkan sebagai juara. yeahhh GO BINTANG! haha untuk 4x100m , mustaqim tidak dapat meneruskan larian , jadi hasuan menggantikan tempat mus. hasuan pelari pertama diikuti nazli pelari kedua, aku sebagai pelari ketiga dan danial sebagai pelari terakhir. time pelari terakhir tu, mark menggunakan segala tenaga katak dia sampai danial cant keep up dah, sekali lagi alhamdulillah rumah bintang mendapat tempat yang kedua.

TAHNIAH buat rumah bintang kerana melahirkan 2 olahragawan harapan iaitu lelaki dan perempuan dan seorang olahragawan 2009. Nicholas, this year we're doing our best, and this is it ; D

No comments: