Jul 6, 2009

aint about how fast i get there

Masa bergerak pantas, dan semakin pantas. Semakin cepat ia berlalu meninggalkan kisah kisah silam setiap individu. Bagi aku, masa silam tidak penting lagi. Kerana apa yang bakal kita hadapi dan tempuhi itulah yang akan memastikan kedudukan dan status kita pada masa akan datang. Seperti orang lamo cakap 'jangan pandang belakang' , 'jangan toleh belakang' , 'maju kehadapan dan jangan lihat apa yang ditinggalkan di belakang'. Pepatah dan ungkapan ungkapan seperti itu semakin hari semakin terpahat di dadaku ini.

Banyak lagi yang perlu aku kejar di dalam dunia ini.
Banyak lagi halangan perlu aku lalui.
Banyak lagi yang aku perlu belajar dalam hidup ini.

Sesungguhnya, ilmu dan pengalaman yang kita ada ini tidak semestinya mencukupi untuk membawa kita terus maju kehadapan. Ya, memang benar banyak lagi perlu kita pelajari untuk berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar.

GAGAL SEKALI TIDAK BERERTI KITA GAGAL SELAMA-LAMANYA.
ungkapan tersebut juga telah memotivasikan diri aku untuk terus berjuang dalam hidup. Tidak dinafikan bahawa aku pernah berputus asa dalam kehidupan ini.

Berputus asa kerana cinta
Berputus asa kerana pelajaran
Berputus asa kerana gagal dalam hidup.

Akan tetapi, faktor itu telah mendorong aku untuk menjadi lebih baik dan baik di masa akan datang. Kini, baru aku sedari, aku perlu berubah daripada baik untuk jadi terbaik di masa akan datang. Lebih lebih lagi aku akan menghadapi peperiksaan SPM. Semua ujian ini adalah satu tahap dimana kita perlu memperlihatkan prestasi dan kemajuan kita didalam hidup. Mungkin ada mereka yang gagal, ada yang tidak. Akan tetapi, bagi mereka yang gagal, ini adalah satu platform bagi mereka yang hendak berubah.

Kerap kali aku duduk termenung seorang diri di dalam bilik atau di mana jua, teringin sekali aku untuk berubah. Namun, aku takut perubahan itu akan membuatkan aku tidak keruan. Sering kali aku berfikir untuk meningkatkan taraf hidup daripada bagus kepada TERbagus. Sayang sekali, naluri di hati tidak bersedia untuk semua itu. Semua manusia berhak berubah . Begitu juga dengan aku.

No comments: