Jul 21, 2009

people change

I've seen many things happened infront of me. And i can see people changes. They seems to change in two way. Either in positive or negative. Its ourself to decide which way u wanna be.

Semua orang berhak dan perlu berubah untuk kemajuan diri sendiri. Terpulang kepada mereka untuk memilih antara baik dan buruk. Ada antara mereka yang berubah, tetapi tidak tahu akan perubahan yang dialaminya. Aku lihat sendiri kawan kawan aku berubah. Ada yang berubah baik ke terbaik, ada juga yang berubah dari segi kelakuan. Tetapi itu semua tidak penting kerana, perhubungan antara persahabatan tidak akan terlerai oleh kerana perubahan yang mereka alami. Tetapi sedikit rasa terkilan akan terpahat di hati melihatkan perubahan yang dialami kawan kita sendiri.

Bagi aku, aku sendiri tidak tahu adakah aku sudah berubah ? adakah perubahan aku ke arah yang negatif ? Itu semua tidak boleh di nilai oleh diri kita sendiri, teman rapat atau sahabat handai yg dapat menjangkakan perubahan kita.

Kadang-kadang sakit hati juga melihatkan kawan kita yang berkawan atas dasar kepentingan dan mempunyai agenda tersendiri. Ada antaranya rapat dgn kita untuk mendapatkan sesuatu atau ada tujuannya yg tersendiri. Sudah menjadi norma hidup kelakuan seperti itu. Dan aku sendiri sudah mengalaminya.

Hidup kita tidak pernah sempurna. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Itulah yang cuba aku terapkan didalam diri aku. Tidak perlu mengejar sesuatu yang sudah pergi dan tidak ingin kita mengejarinya. Bersyukur dgn apa yang ada di depan mata dan manfaatkannya dengan sebaikbaiknya.

No comments: