Aug 15, 2010

Arriving

So, bus aku malam tadi kul 11.30malam. Dalam perjalanan lepas tol ipoh bus stop dekat tepi toll sbb katanya tayar bocor. aku pun tgk la kot ada bocor en, lepas tu keluar smoke jap semua tgk takde pun. aku cakap la dgn pakcik driver bus ni

A: Bang, takde bocor pun
B: Hang tak bawak bas hang taktau la bocoq ke dok
A: Tapi tayar tak nmpk kempis pun?
B: Aku yang bawak hang tau apa ?
A: Oh betul jugak. (malas layan dah) -_-

After that driver bus tu cakap jalan je lah. Dia tukar driver dgn co-pilot dia. Aku punya seating depan sekali sebelah driver mmg macam babi la . Aku dalam bas mmg susah gila nak tidur. Tapi tadi aku cam letih gila bak, so aku lelap la sekejap mata aku ni . Sebelum aku tidur aku tgk waktu sekitar 2.30pagi. So aku pun tidur la. Tak lama kemudian aku terjaga dgn sendirinya taktau kenapa. Jam menunjukkan pukul 4.03pagi kelihatan bas sudah berhenti di stesyen bas sg petani. Gila babi punya cepat ?

So , aku pun berjalan lah bersama wan,zizi, dan bawi ke arah pelita nasi kandar untuk bersahur sebelum pulang ke UITM dihatiku. heh? Tengah tengah pagi yang dingin aku bantai nasi lauk ayam masak hitam dan kuah campur mmg lazat la en tapi perut siksa sial sakit perut mcm haram je. Sudah makan tu kami amik teksi dan menuju ke UITM.

So sekarang ni aku di dalam kelas CSC (multimedia). Assignment aku tak siap, aku mintak miss tangguh. dia kasi tempoh sampai khamis . Insyallah aku sempat , hehe

No comments: