Oct 5, 2009

lucky guy

Kau memang bertuah kan ? Ada orang yang ambil berat, sayang kau lagi dan sanggup mempertahankan maruah kelakian kau. Tapi, adakah kau lelaki yang sebenar ?


Definisi yang dapat ditakrifkan sebagai lelaki sebenar tidak semestinya dari segi luaran, malah ia perlu dilihat dari segi dalaman. Luar baik ,bagus, caring,manja. But the fact is you're some physcho maniac that doesnt have balls at all.

-Lelaki sebenar tidak akan menyakiti hati perempuan semata-mata untuk memenangi hatinya kembali.
-Lelaki sebenar sentiasa ada bersama yang tersayang di saat kesusahan dan cuba untuk menyelesaikan dan bukan mengeruhkan lagi keadaan.
-Lelaki sebenar tidak akan mengadu kepada perempuan tersebut kerana diberi amaran oleh orang lain .
-Lelaki sebenar akan tampil kehadapan untuk menegakkan keadilan dan bukan lari dari masalah dan secara tiba-tiba menganggap masalah itu sudah selesai.
-Lelaki sebenar tidak takut untuk berhadapan dengan ancaman yang bakal dihadapi untuk melindungi dan tidak menyakiti hati seseorang wanita.



Wahai lelaki, adakah kau lelaki sebenar ? Mungkin kau adalah seorang daripada sejuta yang bertuah. Aku membayangkan aku sebagai seorang wanita. Betapa jijiknya aku melihat perangai kau yang begitu hodoh dan hina serta tidak berani untuk berhadapan dengan lelaki lain untuk kebenaran. Betapa hinanya kau memarahi seseorang wanita yang dulu pernah kau sayang dan kini beliau masih menyanyangi kau. Betapa hinanya kau sebagai lelaki yang pengecut serta angkuh dan tidak berani menegakkan keadilan. Jika hendak dikelaskan kau sebagai satu antara lelaki sejati, aku rasa tiada kelas untuk diberi kepada kau kerana taraf kau untuk menjaga hati seseorang wanita amat rendah dan memalukan. Kalau setakat rupa paras kau dan darjat kau yang tinggi. Aku lebih rela mati ditikam sebanyak 150kali daripada bersama dengan kau lelaki yang hina lagi pengecut. Kau hanya bertuah kerana masih ada orang untuk mempertahankan kau. Perbuatan kau amat memalukan dan mengecewakan bagi aku seorang lelaki .

p/s: Aku lebih rela dibenci, aku lebih rela dimaki. Aku lebih rela dimarahi , aku lebih rela dicaci. Kerana aku mahu kau tahu sejauh mana keiklhlasan hati untuk membantu. Kerana aku mahu kau tahu dia bukanlah seorang lelaki yang bagus untuk kau. Kerana aku mahu kau tahu , tanpa dia, kau boleh hidup malah dengan rupa paras dan hati yang murni dan suci seperti kau, aku tahu kau mampu mendapatkan seorang lelaki yang lebih bagus dan lebih lelaki sepertinya.

Terpulang kepada kau untuk membenci kerana itu hak untuk setiap insan. Maafkan aku jikalau terkasar bahasa dan tidak pandai menjaga hati serta tidak menjadi kawan yang baik. Maafkan aku untuk segalanya. Dan untuk pengetahuan, kau adalah salah seorang manusia yang paling aku sayang dan jaga dalam hidup aku. Kau umpama adik yang sentiasa memerlukan pertolongan abang. Tapi apakan daya, pertolongan yang hendak diberi hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin salah aku kerana terlalu mengambil berat.

Sep 28, 2009

There is no others


People think that i am too obsessed with you. Basically i like your song, i like your sincerity, i like your innoncent face that keeps remind me on someone that makes me fall once upon a time. There is no other that can be replace someone like you . Im still looking for the right person

Sep 26, 2009

kalau kerana

Kalau kerana cinta, persahabatan akan terputus,
Maka kukorbankan cinta demi kawan yang mencintainya.

Kalau kerana cemburu, persahabatan akan renggang,
Ku pohon maaf dan menjauhkan diri.

Kalau kerana marah, persahabatan mula menjauh,
Redakan kemarahan, lupakan yang lalu.

Kalau kerana sayang, persahabatan bercelaru,
Maafkan aku..



aku tidak sempurna

Aku kadang-kadang penat, letih, muak dengan perangai manusia zaman sekarang. Well, ada kawan pun sekarang , 1 daripada 1000 pun nk percaya susah. Ada antara mereka depan baik, blakang kutuk. Itu bagi aku memang satu tradisi hidup. Sebab, manusia tidak pernah cukup dan akan terus menyatakan ketidak puashatian mereka.

Nak cakap aku nk touching lebih sgt pun tak jugak,
Tapi aku agak terkilan la dgn segelintir daripada mereka.
Tidak ku sebutkan nama, tidak ku suruh untuk terasa, tapi faham faham sendirilah.

Jadi, untuk tidak lebih menyakitkan hati aku sendiri. Aku mempunyai alternatif lain untuk mengelakkan perselisihan faham dan hati ini.
Aku mengorak langkah untuk mengamalkan sikap, 'kau ajak aku datang' , 'kau cakap aku cakap' , 'kau baik aku baik'

Ini lebih memudahkan diri kita untuk kurang terasa hati dengan kawan yang tidak akan dibawa sampai ke kubur pun. Kerana, dah banyak kali aku terasa hati dengan kawan kawan. Aku yang terhegeh-hegeh untuk berborak dengannya dan dia hanya layankan sahaja. Aku yang pandai pandai datang ke tempat mereka, sedangkan aku tahu aku tidak dialu-alukan. Aku yang suka suka jumpa dorang dekat OU dan sebagainya ,walhal diri tidak diajak.

Walaubagaimanapun, dalam dunia ini kita memerlukan kawan dan ikatan persahabatan/persaudaraan yang kukuh dan akrab. Yang hanya perlu kita tahu adalah, manusia tidak sempurna dan orang sentiasa tidak pernah puas. Berkawanlah anda dengan bersungguh-sungguh tapi janganlah sesekali anda berpura-pura didalam persahabatan.

Aku masih mempunyai kawan yang masih aku percaya untuk berkongsi cerita suka dan duka. Dengan harapan tidak akan kaburlah kepercayaan itu. Bagaimana dengan anda ?

Sep 25, 2009

WTH?



This is so rediculous. I was shock looking at her blog. I am totally didnt know who is she and moreover, didnt have her msn or cellphone number. Yang pasti, ada orang menyamar jadi aku, pakai nama samaran 'adamzamry' or 'Mr. A' dan mengayat minah ni pakai profile myspace aku dan gamba myspace aku. This is so panthetic. haihh