Aug 17, 2010

kau yang terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku,
Tiada lagi keresahan,
Kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedari daku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia hingga ku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Jika bahagia mulai menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku rasa indah

Sambil mendengar lagu selepas sahur untuk melelapkan mata, teringat dirimu dan saat indah kita bersama. Sangat menyentuh hati dan sanubariku ini wahai sang puteri. Aku masih menunggumu wahai bidadari.

No comments: